Wednesday, March 3, 2010

Kebangkitan Semula

Salam bahagia buat semua...

Setelah agak sekian lama menyepikan diri dari dunia blogger, akhirnya cik memilih utk muncul kembali aktif dari dunia blogger. Dan buat kwn2.. yg merisaukan kemana hilangnya cik selama lebih kurang dua minggu ni, cik mintak maaf dr hujung rambut smpi hujung kaki kerana buat kalian risau..

Memandangkan terjadinya 1 perkara yg amat2 mencabar jiwa hati dan segalanya, cik amik keputusan utk pergi dan menjadi diri yg baru. Memang saat ini sangat2 melukakan hati dan perasaan seorang yg bergelar perempuan. Tapi korang sumer jgn salah sangka, terjadinya perkara ini mungkin disebabkan kami mungkin tak serasi utk bersama.

"Yang berlalu.. biarkan ia berlalu.." Betul kata2 tu.. tp ianya sangat melukakan perasaan sendiri.. Cik akui, mmg bukan perkara yg mudah untuk kita melupakan waktu bersama yg panjang selama ini.. tp cik harus akur, kerna cik harus bagi dia peluang untuk dia mencari kebahagiaan diri sendiri.. walaupun sukar untuk melepaskan dia, cik harus kuat.. apa yang penting buat masa sekarang ni, cik tak nk ganggu kehidupan sape2, cik merayu, jgn ganggu kehidupan cik.

Kemaafan? sgt mudah meminta kemaafan dan keampunan, tp diri yg terpaksa menelan pahit semua ni, tak mampu untuk berbicara ape-ape pun. Peluang? Cik sendiri tak tahu sampai bila kita harus menanggung luka kerana org yang kita sayang.. seringkali peluang diberikan, tp dibalasnya dengan menghiraukan sahaja pengorbanan hati dan perasaan kita yg terluka demi kerana terlalu menyayangi dia.

Buat anda semua di luar sana, jika anda menyayangi seseorang, tunjuk la bahawa anda benar2 menyayangi dia.. jangan tersilap langkah dan terlambat untuk membuktikannya.. kerana jika seorang wanita telah benar2 putus asa, amat memerlukan masa untuk merawati luka hatinya.. bukan sekadar omongan kosong, tapi berdasarkan pengalaman sendiri selama ini..

Cukup la buat masa ni.. ketemu kembali kita di arena Galaksi Cinta Antara Kita di lain lembaran.

Salam Sayang Teramat Sayang dr chiqueneeze lurves :)

0 comments:

Post a Comment

Love is...
© ~Galaksi Cinta Antara Kita~ - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace